Harvey J. Alter
Harvey J. Alter

Harvey J. Alter

Harvey James Alter (lahir 12 September 1935) ialah seorang doktor, ahli virologi dan penyelidik perubatan dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan ketua divisyen pengurusan penyakit berjangkit dan penolong pengarah penyelidikan jabatan ubat transfusi Warren Grant Magnuson Clinical Center Institut Kesihatan Kebangsaan di Bethesda, Maryland.Beliau dikenali dalam keterlibatannya menemukan virus penyebab suatu penyakit hepatitis yang belum pernah diketahui serta menonjol dalam kondisi perubatan dialami pesakit selepas transfusi, penyakit ini kemudiannya dikenali dengan nama hepatitis C.[1] Kejayaan beliau menemukan meraihnya Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 2020 bersama Michael Houghton dan Charles M. Rice.[2][3]